Sunday, 20 July 2014

Cara Merawat Patah - Haji Kassim Bin Bilal Awang

Biodata Haji Kassim
 
Sejarah Asal Usul
Haji Kassim Bin Bilal Awang dilahirkan di sebuah perkampungan kecil iaitu di Kampung Tualang Padang, Kuala Lipis, Pahang pada 18 Mei 1928. Keturunan beliau berasal dari Kota Kubang Labu, Wakaf Baru, Kelantan dan akhirnya menetap di Kampung Tualang Padang sejak generasi moyang beliau iaitu Tok Bulat. Tok Bulat merupakan keturunan raja di Kelantan. Kedatangan beliau ke sini disebabkan oleh pertelingkahan dengan pembesar raja di Kelantan. Selepas Tok Bulat berhijrah ke sini, beliau tinggal di simpang Kampung Peruang, iaitu di Kampung Telapih. Setelah menetap lama di kampung tersebut, beliau telah membuka sebuah kampung iaitu Kampung Tualang Padang. Tok Bulat berkahwin dengan salah seorang gadis di situ. Perkahwinan beliau menghasilkan 5 orang anak, salah satunya iaitu Tok Syawal.11

            Tok Syawal merupakan datuk kepada Haji Kassim Bin Bilal Awang. Beliau dibesarkan di Kampung Tualang Padang dan berkahwin dengan salah seorang penduduk di situ, yang bernama Puan Meriam. Perkahwinan mereka telah menghasilkan salah seorang anak yang bernama Bilal Awang. Bilal Awang merupakan ayah kepada Haji Kassim. Beliau juga telah berkahwin dengan gadis di kampung tersebut. Beliau memperoleh 6 cahaya mata iaitu Esah, Salrum, Kadir, Kassim, Mustapa, dan Samiah. Haji Kassim merupakan anak yang keempat daripada 6 orang adik beradik. Pada usia 24 tahun, Haji Kassim telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan Nor Kiah Binti Imam Abdul Hamid.12

Nama tokoh yang dikaji ialah Haji Kassim Bin Bilal Awang, merupakan seorang bomoh patah yang tersohor di kawasan tersebut. Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar sakit patah tersebut disertakan dengan beberapa mentera-mentera tertentu.3 Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah dan cara Haji Kassim Bin Bilal Awang membuat rawatan dalam merawat pesakit yang mengalami patah tulang. Cara beliau merawat adalah menggunakan ubatan seperti minyak kelapa yang dimasak sendiri daripada kelapa muda, daun mengkuang dan beberapa herba yang lain. Urutan yang beliau lakukan adalah di tempat yang mengalami kecederaan dengan membetulkan kedudukan tulang pesakit.4
Di samping itu juga, Haji Kassim telah banyak memberikan sumbangan serta peranan penting dalam merawat pesakit yang patah tulang. Oleh hal itu, pengkaji akan menonjolkan kepentingan peranan dan sumbangan Haji Kassim Bin Bilal Awang dalam merawat pesakit. Kajian mendapati bahawa Haji Kassim Bin Bilal Awang bukan sahaja boleh merawat patah tulang malah, boleh juga mengurut sakit terkehel (teralih tulang), dan juga terseliuh. Kepatahan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa kemalangan. Manakala terseliuh dan terkehel merupakan kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut.5 Faktor patah adalah disebabkan oleh daya yang sangat tinggi dikenakan ke atas tulang. Biasanya ia akan mengalami rasa sakit, bengkak dan penggunaan bahagian yang tercedera akan kurang.6 Patah terbuka apabila serpihan tulang memecah melalui kulit pesakit, ia terbuka sehingga menampakkan bahagian tulang. Biasanya akibat daripada kemalangan jalanraya ataupun semasa bersukan.7 Manakala, patah tertutup pula keadaan di mana bahagian kulit yang terlibat tidak terbuka. Kawasan yang biasa ditunjukkan ialah kawasan yang kelihatan bengkak dan lebam.8
           
            Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi masyarakat Kampung Tualang Padang terhadap Haji Kassim. Kajian mendapati bahawa masyarakat kini lebih mempercayai kaedah bomoh patah mengurut kerana terdapat penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab.9 Ubatan tradisional mempunyai sifat istimewa dan kepercayaan ini berasaskan kejayaan zaman silam berdasarkan bahan yang digunakan adalah hasil semula jadi. Tambahan, masyarakat juga mendakwa sesetengah rawatan moden gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin.10 Secara keseluruhannya, bomoh patah adalah salah satu cara rawatan yang sangat berkesan sebagai rawatan alternatif kepada rawatan moden di hospital.

Merawat Pesakit
Peranan dan sumbangan Haji Kassim dalam kalangan masyarakat begitu besar bagi memastikan masyarakat sentiasa dalam keadaan yang sihat dan baik. Beliau berperanan merawat pesakit yang mempunyai masalah patah tulang, terkehel, tergeliat, terseliuh, dan juga teralih tulang. Cara perubatan yang beliau lakukan adalah cara alternatif kepada rawatan moden di hospital. Rawatan moden di hospital kebanyakan merawat dengan menggunakan ubatan seperti antibiotik, ubat bius dan sebagainya. Tetapi, rawatan Haji Kassim adalah rawatan yang menggunakan ubatan tradisional yang lebih baik dan mujarab. Sumbangan yang beliau lakukan terhadap masyarakat sangat berkesan dan masyarakat mempercayai kebolehan beliau.

Berperanan Menyediakan Bahan Rawatan
Haji Kassim mempunyai kepakaran dalam merawat patah tulang. Beliau menggunakan ubatan kampung seperti daun ubat patah dan minyak kelapa yang dimasak sendiri daripada kelapa hijau dicampurkan dengan sedikit kapur untuk menambahkan panas serta beberapa mentera berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.20 Kesemua ubatan kampung yang digunakan ditumbuk sehingga hancur. Ia akan kelihatan berlendir kerana daun ubat patah tersebut mempunyai banyak lendir.21 Selain dari ubatan ini, cara untuk merawat juga boleh menggunakan Gandarusa Hitam.22 Ia juga boleh merawat bengkak atau terseliuh. Cara untuk menggunakan daun ini adalah daunnya dilayurkan di atas api yang sederhana dan dilekapkan pada tempat yang sakit kemudian dibalut. Tambahan pula, terdapat sejenis herba iaitu Dringo boleh merawat sengal-sengal sendi.23 Caranya, dapatkan ubi sebesar ibu jari sebanyak dua ketul dan dibersihkan. Tumbuk sedikit tanpa dibiarkan lumat kemudiannya direbus bersama beberapa helai daun halia yang telah dipotong kecil. Air rebusan ini disapukan pada seluruh tubuh badan terutama pada tempat yang sakit.

Peranan Semasa Rawatan:

Proses Merawat Patah Tulang
Untuk mengurut dan merawat patah, Haji Kassim sering mempelajari kemahiran seni. Kemahiran ini untuk mengenalpasti pesakit yang mengalami patah tulang, terseliuh, terkehel, tergeliat mahupun teralih tulang. Haji Kassim memulakan merawat dengan menggunakan hujung-hujung jari supaya beliau peka atau sensitif dengan sentuhan.24 Cara urutan pertama yang beliau lakukan adalah membetulkan tulang pesakit. Semasa mengurut pesakit, beliau membaca doa antaranya surah Al-Fatihah, seterusnya berselawat.25 Selepas itu, beliau membaca sepatah ayat dari Al-Quran:
‘summum bukmum umyum fahum la yarjiun’,26
Seterusnya, beliau membaca ayat Kursi serta sedikit mentera berkenaan dengan mentera patah tulang yang berbunyi ‘ Hai nu sai nullah. Aku alih ke tapak tangan aku timbul ke tapak besi. Kabul di guruku, kabul di aku. Dengan berkat Lailahaillallah’.27
            Doa-doa ini berfungsi untuk mencantumkan zat-zat tulang. Selepas membetulkan tulang pesakit, ubatan seperti daun ubat patah dan kapur yang telah dilumatkan perlu ditampal pada tempat yang patah.28  Sifatnya yang berlendir dan melekit memudahkan ia melekat. Kemudian bahagian yang patah, perlu dibalut dengan kain serta disangga dengan buluh supaya kedudukan tulang tidak lari.29

Proses Merawat Terkehel, Terseliuh dan Tergeliat
Di samping itu, Haji Kassim juga boleh merawat pesakit yang terkehel, tergeliat dan terseliuh. Terkehel biasa berlaku apabila seseorang melakukan kerja yang berat dan akan menyebabkan kedudukan sendinya teralih serta akan mengalami bengkak di bahagian sendi tersebut. Terseliuh pula adalah disebabkan kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut, seperti terjatuh dari tempat yang tinggi.30 Manakala, tergeliat biasanya terjadi apabila seseorang itu bangun daripada tidur mendapati terasa sakit pada pangkal lehernya hingga ke bahagian bawah. Apabila kepala dipusing ke kiri atau ke kanan akan terasa sakit.31
           
            Cara yang Haji Kassim lakukan adalah mengurut pada bahagian itu. Tetapi, terdapat cara di mana pengurutan tidak dilakukan. Kain yang dipintal-pintal digunakan sebagai pengganti mengurut. Untuk membuat kain pintal, sehelai kain yang bersih diperlukan. Cara beliau lakukan adalah kepitkan hujung kain dengan jari kaki dan pusing atau pintalkan perlahan-lahan.32 Setiap bacaan doa untuk merawat terkehel, terseliuh dan tergeliat adalah sama seperti doa merawat patah tulang. Bacaan tersebut perlu dihembus pada kain yang digunakan, kemudian pintal kain tersebut sehingga ia agak keras. Kemudian lipat dua dan ia akan memintal. Ikat kain tersebut pada hujung agar ia tidak terurai. Kain itu digunakan untuk memukul perlahan-lahan tempat yang terasa tergeliat seperti di pangkal leher.33 Haji Kassim menyatakan bahawa perlu diingatkan kain tadi tidak boleh dan tidak dibenarkan sesiapa melangkah kerana ia telah dibacakan dengan ayat al-Quran dan selawat.34
Peranan Selepas Rawatan:

Pantang Larang Berubat
Selepas pesakit mendapatkan rawatan dari Haji Kassim, beliau akan memberikan senarai pantang larang yang tidak boleh dimakan semasa dalam perubatan. Terdapat 12 senarai patang yang Haji Kassim nyatakan antaranya seperti ayam, daging, ikan sepat, kicap, air batu, maggie, timun, kacang, putik buah-buah, betik, buah kundur, dan kubis.35 Tidak digalakkan memakan ayam dan daging kerana untuk mengelakkan pertumbuhan isi, manakala ais pula akan menyebabkan bengkak di sekitar tempat sakit.36 Makanan tersebut juga akan menyebabkan pesakit akan berasa gatal-gatal dan bernanah di sekeliling tempat sakit. Selain itu, terdapat juga pantang-pantang lain yang perlu diikuti dalam tempoh pantang seperti tidak boleh makan gamat atau ubat yang mengandungi gamat kerana tulang akan sukar untuk disambung kembali.37

Memutus Ubat
Selepas tulang yang patah disambung, pesakit biasanya akan sembuh selepas 40 hari dengan syarat pesakit menjaga pantang larang.38 Bagi pesakit yang terseliuh, tergeliat, terkehel, atau teralih tulang ia tidak begitu lama seperti pesakit yang patah tulang.39 Setelah mendapatkan rawatan dan menjalani tempoh pantang, pesakit perlu berjumpa beliau sekali lagi untuk memutus ubat.40 Memutus ubat bertujuan untuk memutuskan pantang larang dan membenarkan pesakit memakan apa yang dilarang semasa pantang larang berubat seperti ayam, daging, dan sebagainya. Ketika mahu memutus ubat, pesakit perlu membawa sedikit makanan yang berlaukkan makanan pantang tersebut. Haji Kassim memulakan cara memutus ubat dengan menggunakan sehelai kain yang dilipat memanjang, dan sedikit beras. Setelah itu, beras tersebut dimasukkan ke dalam kain, dan membaca ayat-ayat mentera memutus ubat, lalu dilibas perlahan-lahan di belakang sampai di kaki pesakit. Pesakit pula diminta untuk meluruskan kakinya menghadap pintu kerana perlu mengikuti adat semasa memutus ubat.41

Haji Kassim Bin Bilal Awang- Pengurut patah

Sumbangan-Sumbangan Lain Yang Dilakukan Oleh Haji Kassim Bin Bilal Awang Kepada Masyarakat

Haji Kassim Bin Bilal Awang bukan sahaja merawat pesakit yang mengalami patah tulang, terseliuh, tergeliat, teralih tulang dan juga lari sendi, malah beliau juga mahir dalam mengubati pesakit yang mengalami asma, lelah, barah payudara, demam, hilang akal atau gila.42 Kemahiran yang beliau peroleh adalah daripada ayahanda dan juga adiknya. Kemahiran tersebut diperoleh sementara beliau menuntut ilmu patah. Baru-baru ini, seorang pesakit telah datang ke rumahnya bertujuan untuk menyembuhkan asma. Di samping itu, beliau juga pernah ke Merapoh, Pahang untuk merawat pesakit yang mengalami barah payudara.43 Selain itu juga, beliau pernah mengubati cucunya yang lelah dan seorang cucunya yang hampir menjadi pesakit barah payudara.44 Kecekapan beliau dalam mengubati cucunya, akhirnya penyakit yang cucunya itu alami semakin pulih.

            Haji Kassim Bin Bilal Awang juga pernah ke Kota Gelanggi, Jerantut untuk merawat pesakit yang mengalami masalah hilang akal.45 Kesungguhan yang beliau lakukan dalam mengubati pesakit ahirnya pesakit itu beransur sembuh. Anak-anak penduduk kampung beliau pula yang mengalami masalah demam panas, lelah dan asma, semestinya akan ke rumah Haji Kassim untuk mendapatkan rawatan.46 Keyakinan dan kebolehan yang beliau miliki sangat meyakinkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan daripadanya.    Sementara itu, Haji Kassim juga pernah mempelajari ilmu silat dari ayahnya.47 Ilmu silat yang beliau pelajari tidak diamalkan kerana beliau mengfokuskan untuk menolong masyarakat mengubati pesakit yang mengalami masalah patah tulang dan sebagainya.48  
            Peranan dan sumbangan yang beliau lakukan kepada masyarakat perlulah dihargai kerana perkhidmatan beliau telah memberi kesembuhan kepada pesakit.

Pandangan Masyarakat Terhadap Haji Kassim Bin Bilal Awang

Masyarakat kini lebih mempercayai kaedah bomoh mengurut kerana terdapat penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab. Ubatan tradisional mempunyai sifat istimewa dan kepercayaan ini berasaskan kejayaan zaman silam berdasarkan bahan yang digunakan adalah hasil semula jadi. Masyarakat juga menyatakan bahawa sesetengah rawatan moden gagal menangani penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin.49 Di samping itu juga, kepakaran dan kebolehan Haji Kassim dalam mengubati pesakit benar-benar meyakinkan masyarakat setempat sehingga tidak berputus-putus pesakit datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan. Hal ini kerana, kebanyakkan masyarakat memberi pandangan bahawa rawatan yang beliau lakukan sangat berkesan dan mengambil masa yang singkat untuk sembuh berbanding rawatan moden di hospital.50 Pada pandangan masyarakat juga, beliau seorang yang benar-benar bertanggungjawab dalam menolong dan mengubati pesakit yang memerlukan rawatan. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu merawat patah, malah Haji Kassim juga handal dalam mengubati pelbagai penyakit seperti lelah, asma, barah payudara, demam dan penyakit hilang akal atau gila.51

            Penduduk di sekitar kawasan Kampung Tualang Padang kebanyakkan telah merasai urutan Haji Kassim lakukan. Jika berlaku kecederaan yang berkaitan dengan tulang, urat saraf serta angin, mereka lebih berminat melakukan urutan dengan Haji Kassim daripada mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, masyarakat juga menyatakan bahawa rawatan di hospital akan mengenakan bayaran yang begitu tinggi kerana terdapat peralatan yang canggih semasa melakukan pembedahan. Oleh hal yang demikian, pesakit perlu menanggung kos yang tinggi untuk membayar semua perbelanjaan semasa menjalani rawatan yang mana sesetengah rawatan hampir mencecah RM 25,000. Manakala rawatan yang Haji Kassim lakukan tidak pernah mencecah ribuan ringgit. Beliau melakukan urutan hanyalah untuk menolong pesakit yang mengalami kecedaraan. Haji Kassim hanya menerima wang berapa sahaja yang dihulurkan oleh pesakit tidak kira sama ada wang tersebut kecil atau besar nilainya tanpa mengungkit sebarang rawatan yang telah dilakukan ke atas pesakit.52                 

            Di samping itu, masyarakat di sini sangat mempercayai cara Haji Kassim menyembuhkan pesakit. Mereka yakin bahawa tidak ada peralatan moden yang canggih dan rawatan moden yang berkesan untuk menyembuhkan pesakit yang mengalami masalah hilang akal atau gila.53 Sememangnya penyakit tersebut tidak akan dapat dirawat melalui rawatan moden. Ubat yang diberi kepada pesakit hilang akal adalah ubat yang hanya untuk menenangkan fikiran dan untuk menghilangkan kepenatan yang pesakit alami. Manakala, cara yang Haji Kassim lakukan adalah lebih berkesan kerana beliau mempunyai kecekapan dan kehandalan luar biasa dalam mengubati pesakit yang hilang akal atau gila. Secara keseluruhannya, majoriti masyarakat masih banyak merujuk kepada rawatan tradisional seperti rawatan alternatif yang dilakukan oleh Haji Kassim Bin Bilal Awang.
           
Kesimpulan

Esei ini telah menegaskan bahawa Haji Kassim Bin Bilal Awang telah memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang sangat besar bukan sahaja dalam kalangan masyarakat kampung beliau, malah beliau juga turut menyumbangkan khidmat beliau di negeri lain. Walaupun umur beliau sudah menjangkau 90-an, tetapi beliau masih ligat bergiat dalam khidmat bomoh patah. Perkhidmatan beliau dalam masyarakat amat penting untuk menyembuhkan pesakit patah tulang sebagai rawatan alternatif kepada rawatan moden di hospital. Perubatan tradisional masih lagi diperlukan berupaya menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya.54 Sesetengah pengamal perubatan alternatif sentiasa mencuba untuk memperoleh akaun rasmi. Keperluan untuk penilaian secara terperinci tentang semua kaedah perubatan dan terapi.55
Penyakit-penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan tulang kebiasaannya  dirawat menggunakan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden. Sebenarnya, perubatan moden juga berkembang daripada ilmu yang kaya dengan perubatan tradisional. Banyak sumber semula jadi, dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan, telah dikenal pasti dan digunakan perubatan tradisional. Di kampung-kampung Melayu, seseorang dengan mudah boleh mencari beberapa pengamal perubatan tradisional seperti Nujum(peramal), bomoh atau dukun , Tok Mudin dan Mak Bidan.56 Kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, tidak seharusnya kita melupakan sistem perubatan tradisional.57 Jelaslah, bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan manusia. Walaupun anaknya sedang berjinak dalam bidang perubatan untuk menggantikan tempat Haji Kassim, namun jasa beliau sepanjang menjadi bomoh patah akan tetap dikenang oleh masyarakat sampai bila-bila.