Merawat
Pesakit
Peranan dan sumbangan Haji Kassim dalam
kalangan masyarakat begitu besar bagi memastikan masyarakat sentiasa dalam
keadaan yang sihat dan baik. Beliau berperanan merawat pesakit yang mempunyai
masalah patah tulang, terkehel, tergeliat, terseliuh, dan juga teralih tulang.
Cara perubatan yang beliau lakukan adalah cara alternatif kepada rawatan moden
di hospital. Rawatan moden di hospital kebanyakan merawat dengan menggunakan
ubatan seperti antibiotik, ubat bius dan sebagainya. Tetapi, rawatan Haji
Kassim adalah rawatan yang menggunakan ubatan tradisional yang lebih baik dan
mujarab. Sumbangan yang beliau lakukan terhadap masyarakat sangat berkesan dan
masyarakat mempercayai kebolehan beliau.
Berperanan
Menyediakan Bahan Rawatan
Haji Kassim mempunyai kepakaran dalam
merawat patah tulang. Beliau menggunakan ubatan kampung seperti daun ubat patah
dan minyak kelapa yang dimasak sendiri daripada kelapa hijau dicampurkan dengan
sedikit kapur untuk menambahkan panas serta beberapa mentera berdasarkan ayat-ayat
Al-Quran.20 Kesemua ubatan kampung yang digunakan ditumbuk sehingga
hancur. Ia akan kelihatan berlendir kerana daun ubat patah tersebut mempunyai
banyak lendir.21 Selain dari ubatan ini, cara untuk merawat juga
boleh menggunakan Gandarusa Hitam.22 Ia juga boleh merawat bengkak
atau terseliuh. Cara untuk menggunakan daun ini adalah daunnya dilayurkan di
atas api yang sederhana dan dilekapkan pada tempat yang sakit kemudian dibalut.
Tambahan pula, terdapat sejenis herba iaitu Dringo boleh merawat sengal-sengal
sendi.23 Caranya, dapatkan ubi sebesar ibu jari sebanyak dua ketul
dan dibersihkan. Tumbuk sedikit tanpa dibiarkan lumat kemudiannya direbus
bersama beberapa helai daun halia yang telah dipotong kecil. Air rebusan ini
disapukan pada seluruh tubuh badan terutama pada tempat yang sakit.
Peranan
Semasa Rawatan:
Proses
Merawat Patah Tulang
Untuk mengurut dan merawat patah, Haji
Kassim sering mempelajari kemahiran seni. Kemahiran ini untuk mengenalpasti
pesakit yang mengalami patah tulang, terseliuh, terkehel, tergeliat mahupun
teralih tulang. Haji Kassim memulakan merawat dengan menggunakan hujung-hujung
jari supaya beliau peka atau sensitif dengan sentuhan.24 Cara urutan
pertama yang beliau lakukan adalah membetulkan tulang pesakit. Semasa mengurut
pesakit, beliau membaca doa antaranya surah Al-Fatihah, seterusnya berselawat.25
Selepas itu, beliau membaca sepatah ayat dari Al-Quran:
‘summum
bukmum umyum fahum la yarjiun’,26
Seterusnya, beliau membaca ayat Kursi
serta sedikit mentera berkenaan dengan mentera patah tulang yang berbunyi ‘ Hai nu sai nullah. Aku alih ke tapak
tangan aku timbul ke tapak besi. Kabul di guruku, kabul di aku. Dengan berkat
Lailahaillallah’.27
Doa-doa
ini berfungsi untuk mencantumkan zat-zat tulang. Selepas membetulkan tulang
pesakit, ubatan seperti daun ubat patah dan kapur yang telah dilumatkan perlu
ditampal pada tempat yang patah.28 Sifatnya yang berlendir dan melekit memudahkan
ia melekat. Kemudian bahagian yang patah, perlu dibalut dengan kain serta
disangga dengan buluh supaya kedudukan tulang tidak lari.29
Proses
Merawat Terkehel, Terseliuh dan Tergeliat
Di samping itu, Haji Kassim juga boleh merawat
pesakit yang terkehel, tergeliat dan terseliuh. Terkehel biasa berlaku apabila
seseorang melakukan kerja yang berat dan akan menyebabkan kedudukan sendinya
teralih serta akan mengalami bengkak di bahagian sendi tersebut. Terseliuh pula
adalah disebabkan kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut,
seperti terjatuh dari tempat yang tinggi.30 Manakala, tergeliat
biasanya terjadi apabila seseorang itu bangun daripada tidur mendapati terasa
sakit pada pangkal lehernya hingga ke bahagian bawah. Apabila kepala dipusing
ke kiri atau ke kanan akan terasa sakit.31
Cara
yang Haji Kassim lakukan adalah mengurut pada bahagian itu. Tetapi, terdapat
cara di mana pengurutan tidak dilakukan. Kain yang dipintal-pintal digunakan
sebagai pengganti mengurut. Untuk membuat kain pintal, sehelai kain yang bersih
diperlukan. Cara beliau lakukan adalah kepitkan hujung kain dengan jari kaki
dan pusing atau pintalkan perlahan-lahan.32 Setiap bacaan doa untuk
merawat terkehel, terseliuh dan tergeliat adalah sama seperti doa merawat patah
tulang. Bacaan tersebut perlu dihembus pada kain yang digunakan, kemudian
pintal kain tersebut sehingga ia agak keras. Kemudian lipat dua dan ia akan
memintal. Ikat kain tersebut pada hujung agar ia tidak terurai. Kain itu
digunakan untuk memukul perlahan-lahan tempat yang terasa tergeliat seperti di
pangkal leher.33 Haji Kassim menyatakan bahawa perlu diingatkan kain
tadi tidak boleh dan tidak dibenarkan sesiapa melangkah kerana ia telah
dibacakan dengan ayat al-Quran dan selawat.34
Peranan
Selepas Rawatan:
Pantang
Larang Berubat
Selepas pesakit mendapatkan rawatan dari
Haji Kassim, beliau akan memberikan senarai pantang larang yang tidak boleh
dimakan semasa dalam perubatan. Terdapat 12 senarai patang yang Haji Kassim
nyatakan antaranya seperti ayam, daging, ikan sepat, kicap, air batu, maggie,
timun, kacang, putik buah-buah, betik, buah kundur, dan kubis.35 Tidak
digalakkan memakan ayam dan daging kerana untuk mengelakkan pertumbuhan isi,
manakala ais pula akan menyebabkan bengkak di sekitar tempat sakit.36
Makanan tersebut juga akan menyebabkan pesakit akan berasa gatal-gatal dan
bernanah di sekeliling tempat sakit. Selain itu, terdapat juga pantang-pantang
lain yang perlu diikuti dalam tempoh pantang seperti tidak boleh makan gamat
atau ubat yang mengandungi gamat kerana tulang akan sukar untuk disambung
kembali.37
Memutus
Ubat
Selepas tulang yang patah disambung,
pesakit biasanya akan sembuh selepas 40 hari dengan syarat pesakit menjaga
pantang larang.38 Bagi pesakit yang terseliuh, tergeliat, terkehel,
atau teralih tulang ia tidak begitu lama seperti pesakit yang patah tulang.39
Setelah mendapatkan rawatan dan menjalani tempoh pantang, pesakit perlu
berjumpa beliau sekali lagi untuk memutus ubat.40 Memutus ubat
bertujuan untuk memutuskan pantang larang dan membenarkan pesakit memakan apa
yang dilarang semasa pantang larang berubat seperti ayam, daging, dan
sebagainya. Ketika mahu memutus ubat, pesakit perlu membawa sedikit makanan
yang berlaukkan makanan pantang tersebut. Haji Kassim memulakan cara memutus
ubat dengan menggunakan sehelai kain yang dilipat memanjang, dan sedikit beras.
Setelah itu, beras tersebut dimasukkan ke dalam kain, dan membaca ayat-ayat
mentera memutus ubat, lalu dilibas perlahan-lahan di belakang sampai di kaki
pesakit. Pesakit pula diminta untuk meluruskan kakinya menghadap pintu kerana
perlu mengikuti adat semasa memutus ubat.41
Sumbangan-Sumbangan
Lain Yang Dilakukan Oleh Haji Kassim Bin Bilal Awang Kepada Masyarakat
Haji Kassim Bin Bilal Awang bukan sahaja
merawat pesakit yang mengalami patah tulang, terseliuh, tergeliat, teralih
tulang dan juga lari sendi, malah beliau juga mahir dalam mengubati pesakit
yang mengalami asma, lelah, barah payudara, demam, hilang akal atau gila.42
Kemahiran yang beliau peroleh adalah daripada ayahanda dan juga adiknya. Kemahiran
tersebut diperoleh sementara beliau menuntut ilmu patah. Baru-baru ini, seorang
pesakit telah datang ke rumahnya bertujuan untuk menyembuhkan asma. Di samping
itu, beliau juga pernah ke Merapoh, Pahang untuk merawat pesakit yang mengalami
barah payudara.43 Selain itu juga, beliau pernah mengubati cucunya
yang lelah dan seorang cucunya yang hampir menjadi pesakit barah payudara.44
Kecekapan beliau dalam mengubati cucunya, akhirnya penyakit yang cucunya
itu alami semakin pulih.
Haji
Kassim Bin Bilal Awang juga pernah ke Kota Gelanggi, Jerantut untuk merawat
pesakit yang mengalami masalah hilang akal.45 Kesungguhan yang
beliau lakukan dalam mengubati pesakit ahirnya pesakit itu beransur sembuh. Anak-anak
penduduk kampung beliau pula yang mengalami masalah demam panas, lelah dan
asma, semestinya akan ke rumah Haji Kassim untuk mendapatkan rawatan.46
Keyakinan dan kebolehan yang beliau miliki sangat meyakinkan masyarakat untuk
mendapatkan rawatan daripadanya. Sementara
itu, Haji Kassim juga pernah mempelajari ilmu silat dari ayahnya.47
Ilmu silat yang beliau pelajari tidak diamalkan kerana beliau mengfokuskan
untuk menolong masyarakat mengubati pesakit yang mengalami masalah patah tulang
dan sebagainya.48
Peranan
dan sumbangan yang beliau lakukan kepada masyarakat perlulah dihargai kerana
perkhidmatan beliau telah memberi kesembuhan kepada pesakit.
Pandangan
Masyarakat Terhadap Haji Kassim Bin Bilal Awang
Masyarakat kini lebih mempercayai kaedah
bomoh mengurut kerana terdapat penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab.
Ubatan tradisional mempunyai sifat istimewa dan kepercayaan ini berasaskan
kejayaan zaman silam berdasarkan bahan yang digunakan adalah hasil semula jadi.
Masyarakat juga menyatakan bahawa sesetengah rawatan moden gagal menangani
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin.49 Di
samping itu juga, kepakaran dan kebolehan Haji Kassim dalam mengubati pesakit
benar-benar meyakinkan masyarakat setempat sehingga tidak berputus-putus
pesakit datang ke rumahnya untuk mendapatkan rawatan. Hal ini kerana,
kebanyakkan masyarakat memberi pandangan bahawa rawatan yang beliau lakukan
sangat berkesan dan mengambil masa yang singkat untuk sembuh berbanding rawatan
moden di hospital.50 Pada pandangan masyarakat juga, beliau seorang
yang benar-benar bertanggungjawab dalam menolong dan mengubati pesakit yang
memerlukan rawatan. Beliau bukan sahaja mempelajari ilmu merawat patah, malah
Haji Kassim juga handal dalam mengubati pelbagai penyakit seperti lelah, asma,
barah payudara, demam dan penyakit hilang akal atau gila.51
Penduduk
di sekitar kawasan Kampung Tualang Padang kebanyakkan telah merasai urutan Haji
Kassim lakukan. Jika berlaku kecederaan yang berkaitan dengan tulang, urat
saraf serta angin, mereka lebih berminat melakukan urutan dengan Haji Kassim
daripada mendapatkan rawatan di hospital. Selain itu, masyarakat juga
menyatakan bahawa rawatan di hospital akan mengenakan bayaran yang begitu
tinggi kerana terdapat peralatan yang canggih semasa melakukan pembedahan.
Oleh hal yang demikian, pesakit perlu menanggung kos yang tinggi untuk
membayar semua perbelanjaan semasa menjalani rawatan yang mana sesetengah
rawatan hampir mencecah RM 25,000. Manakala rawatan yang Haji Kassim lakukan
tidak pernah mencecah ribuan ringgit. Beliau melakukan urutan hanyalah untuk
menolong pesakit yang mengalami kecedaraan. Haji Kassim hanya menerima wang
berapa sahaja yang dihulurkan oleh pesakit tidak kira sama ada wang tersebut
kecil atau besar nilainya tanpa mengungkit sebarang rawatan yang telah
dilakukan ke atas pesakit.52
Di
samping itu, masyarakat di sini sangat mempercayai cara Haji Kassim
menyembuhkan pesakit. Mereka yakin bahawa tidak ada peralatan moden yang
canggih dan rawatan moden yang berkesan untuk menyembuhkan pesakit yang
mengalami masalah hilang akal atau gila.53 Sememangnya penyakit
tersebut tidak akan dapat dirawat melalui rawatan moden. Ubat yang diberi
kepada pesakit hilang akal adalah ubat yang hanya untuk menenangkan fikiran dan
untuk menghilangkan kepenatan yang pesakit alami. Manakala, cara yang Haji
Kassim lakukan adalah lebih berkesan kerana beliau mempunyai kecekapan dan
kehandalan luar biasa dalam mengubati pesakit yang hilang akal atau gila.
Secara keseluruhannya, majoriti masyarakat masih banyak merujuk kepada rawatan
tradisional seperti rawatan alternatif yang dilakukan oleh Haji Kassim Bin
Bilal Awang.
Kesimpulan
Esei
ini telah menegaskan bahawa Haji Kassim Bin Bilal Awang telah memainkan peranan
dan memberikan sumbangan yang sangat besar bukan sahaja dalam kalangan masyarakat
kampung beliau, malah beliau juga turut menyumbangkan khidmat beliau di negeri
lain. Walaupun umur beliau sudah menjangkau 90-an, tetapi beliau masih ligat
bergiat dalam khidmat bomoh patah. Perkhidmatan beliau dalam masyarakat amat
penting untuk menyembuhkan pesakit patah tulang sebagai rawatan alternatif
kepada rawatan moden di hospital. Perubatan tradisional masih lagi diperlukan
berupaya menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya.54 Sesetengah
pengamal perubatan alternatif sentiasa mencuba untuk memperoleh akaun rasmi.
Keperluan untuk penilaian secara terperinci tentang semua kaedah perubatan dan
terapi.55
Penyakit-penyakit
seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan urat saraf dan tulang kebiasaannya dirawat menggunakan perubatan tradisional jika
dibandingkan dengan perubatan moden. Sebenarnya, perubatan
moden juga berkembang daripada ilmu yang kaya dengan perubatan tradisional.
Banyak sumber semula jadi, dalam bentuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan, telah
dikenal pasti dan digunakan perubatan tradisional. Di kampung-kampung Melayu,
seseorang dengan mudah boleh mencari beberapa pengamal perubatan tradisional
seperti Nujum(peramal), bomoh atau dukun , Tok Mudin dan Mak Bidan.56 Kemajuan
ilmu dan materialistik yang kita capai, tidak seharusnya kita melupakan sistem
perubatan tradisional.57 Jelaslah, bahawa perubatan tradisional
memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan manusia. Walaupun anaknya sedang
berjinak dalam bidang perubatan untuk menggantikan tempat Haji Kassim, namun jasa
beliau sepanjang menjadi bomoh patah akan tetap dikenang oleh masyarakat sampai
bila-bila.
Lokasi nyer di mana?
ReplyDeletedi kuala lipis, pahang.
Deleteno telepon ada tak..nak call dulu sebelum datang..
DeleteAda no tel dia x?
ReplyDeleteAda no tel
ReplyDeleteThe History of the Casino - One of the Most Popular Casinos
ReplyDeleteA relative newcomer to the world of online gambling, Wynn Las Vegas opened its casinosites.one doors to a new 바카라 audience of septcasino over 600,000 in 2017. sol.edu.kg This was the first casino