Biodata Haji Kassim
Sejarah
Asal Usul
Haji Kassim Bin Bilal Awang dilahirkan
di sebuah perkampungan kecil iaitu di Kampung Tualang Padang, Kuala Lipis, Pahang pada
18 Mei 1928. Keturunan beliau berasal dari Kota Kubang Labu, Wakaf Baru,
Kelantan dan akhirnya menetap di Kampung Tualang Padang sejak generasi moyang
beliau iaitu Tok Bulat. Tok Bulat merupakan keturunan raja di Kelantan.
Kedatangan beliau ke sini disebabkan oleh pertelingkahan dengan pembesar raja
di Kelantan. Selepas Tok Bulat berhijrah ke sini, beliau tinggal di simpang
Kampung Peruang, iaitu di Kampung Telapih. Setelah menetap lama di kampung
tersebut, beliau telah membuka sebuah kampung iaitu Kampung Tualang Padang. Tok
Bulat berkahwin dengan salah seorang gadis di situ. Perkahwinan beliau
menghasilkan 5 orang anak, salah satunya iaitu Tok Syawal.11
Tok
Syawal merupakan datuk kepada Haji Kassim Bin Bilal Awang. Beliau dibesarkan di
Kampung Tualang Padang dan berkahwin dengan salah seorang penduduk di situ,
yang bernama Puan Meriam. Perkahwinan mereka telah menghasilkan salah seorang
anak yang bernama Bilal Awang. Bilal Awang merupakan ayah kepada Haji Kassim.
Beliau juga telah berkahwin dengan gadis di kampung tersebut. Beliau memperoleh
6 cahaya mata iaitu Esah, Salrum, Kadir, Kassim, Mustapa, dan Samiah. Haji
Kassim merupakan anak yang keempat daripada 6 orang adik beradik. Pada usia 24 tahun,
Haji Kassim telah menamatkan zaman bujangnya dan berkahwin dengan Nor Kiah
Binti Imam Abdul Hamid.12
Nama tokoh yang dikaji ialah Haji Kassim Bin Bilal
Awang, merupakan seorang bomoh patah yang tersohor di kawasan tersebut. Bomoh
Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai
penawar sakit patah tersebut disertakan dengan beberapa mentera-mentera
tertentu.3 Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti
kaedah dan cara Haji Kassim Bin Bilal Awang membuat rawatan dalam merawat
pesakit yang mengalami patah tulang. Cara beliau merawat adalah menggunakan
ubatan seperti minyak kelapa yang dimasak sendiri daripada kelapa muda, daun
mengkuang dan beberapa herba yang lain. Urutan yang beliau lakukan adalah di
tempat yang mengalami kecederaan dengan membetulkan kedudukan tulang pesakit.4
Di samping itu juga, Haji Kassim
telah banyak memberikan sumbangan serta peranan penting dalam merawat pesakit
yang patah tulang. Oleh hal itu, pengkaji akan menonjolkan kepentingan peranan
dan sumbangan Haji Kassim Bin Bilal Awang dalam merawat pesakit. Kajian
mendapati bahawa Haji Kassim Bin Bilal Awang bukan sahaja boleh merawat patah
tulang malah, boleh juga mengurut sakit terkehel (teralih tulang), dan juga
terseliuh. Kepatahan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa
kemalangan. Manakala terseliuh dan terkehel merupakan kecederaan pada sendi
akibat rentapan yang kuat dan mengejut.5 Faktor patah adalah
disebabkan oleh daya yang sangat tinggi dikenakan ke atas tulang. Biasanya ia
akan mengalami rasa sakit, bengkak dan penggunaan bahagian yang tercedera akan
kurang.6 Patah terbuka apabila serpihan tulang memecah melalui kulit
pesakit, ia terbuka sehingga menampakkan bahagian tulang. Biasanya akibat
daripada kemalangan jalanraya ataupun semasa bersukan.7 Manakala,
patah tertutup pula keadaan di mana bahagian kulit yang terlibat tidak terbuka.
Kawasan yang biasa ditunjukkan ialah kawasan yang kelihatan bengkak dan lebam.8
Selain itu, kajian ini dijalankan
untuk mengkaji persepsi masyarakat Kampung Tualang Padang terhadap Haji Kassim.
Kajian mendapati bahawa masyarakat kini lebih mempercayai kaedah bomoh patah
mengurut kerana terdapat penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab.9
Ubatan tradisional mempunyai sifat istimewa dan kepercayaan ini berasaskan
kejayaan zaman silam berdasarkan bahan yang digunakan adalah hasil semula jadi.
Tambahan, masyarakat juga mendakwa sesetengah rawatan moden gagal menangani
penyakit-penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin.10
Secara keseluruhannya, bomoh patah adalah salah satu cara rawatan yang sangat berkesan
sebagai rawatan alternatif kepada rawatan moden di hospital.
Merawat
Pesakit
Peranan dan sumbangan Haji Kassim dalam
kalangan masyarakat begitu besar bagi memastikan masyarakat sentiasa dalam
keadaan yang sihat dan baik. Beliau berperanan merawat pesakit yang mempunyai
masalah patah tulang, terkehel, tergeliat, terseliuh, dan juga teralih tulang.
Cara perubatan yang beliau lakukan adalah cara alternatif kepada rawatan moden
di hospital. Rawatan moden di hospital kebanyakan merawat dengan menggunakan
ubatan seperti antibiotik, ubat bius dan sebagainya. Tetapi, rawatan Haji
Kassim adalah rawatan yang menggunakan ubatan tradisional yang lebih baik dan
mujarab. Sumbangan yang beliau lakukan terhadap masyarakat sangat berkesan dan
masyarakat mempercayai kebolehan beliau.
Berperanan
Menyediakan Bahan Rawatan
Haji Kassim mempunyai kepakaran dalam
merawat patah tulang. Beliau menggunakan ubatan kampung seperti daun ubat patah
dan minyak kelapa yang dimasak sendiri daripada kelapa hijau dicampurkan dengan
sedikit kapur untuk menambahkan panas serta beberapa mentera berdasarkan ayat-ayat
Al-Quran.20 Kesemua ubatan kampung yang digunakan ditumbuk sehingga
hancur. Ia akan kelihatan berlendir kerana daun ubat patah tersebut mempunyai
banyak lendir.21 Selain dari ubatan ini, cara untuk merawat juga
boleh menggunakan Gandarusa Hitam.22 Ia juga boleh merawat bengkak
atau terseliuh. Cara untuk menggunakan daun ini adalah daunnya dilayurkan di
atas api yang sederhana dan dilekapkan pada tempat yang sakit kemudian dibalut.
Tambahan pula, terdapat sejenis herba iaitu Dringo boleh merawat sengal-sengal
sendi.23 Caranya, dapatkan ubi sebesar ibu jari sebanyak dua ketul
dan dibersihkan. Tumbuk sedikit tanpa dibiarkan lumat kemudiannya direbus
bersama beberapa helai daun halia yang telah dipotong kecil. Air rebusan ini
disapukan pada seluruh tubuh badan terutama pada tempat yang sakit.
Peranan
Semasa Rawatan:
Proses
Merawat Patah Tulang
Untuk mengurut dan merawat patah, Haji
Kassim sering mempelajari kemahiran seni. Kemahiran ini untuk mengenalpasti
pesakit yang mengalami patah tulang, terseliuh, terkehel, tergeliat mahupun
teralih tulang. Haji Kassim memulakan merawat dengan menggunakan hujung-hujung
jari supaya beliau peka atau sensitif dengan sentuhan.24 Cara urutan
pertama yang beliau lakukan adalah membetulkan tulang pesakit. Semasa mengurut
pesakit, beliau membaca doa antaranya surah Al-Fatihah, seterusnya berselawat.25
Selepas itu, beliau membaca sepatah ayat dari Al-Quran:
‘summum
bukmum umyum fahum la yarjiun’,26
Seterusnya, beliau membaca ayat Kursi
serta sedikit mentera berkenaan dengan mentera patah tulang yang berbunyi ‘ Hai nu sai nullah. Aku alih ke tapak
tangan aku timbul ke tapak besi. Kabul di guruku, kabul di aku. Dengan berkat
Lailahaillallah’.27
Doa-doa
ini berfungsi untuk mencantumkan zat-zat tulang. Selepas membetulkan tulang
pesakit, ubatan seperti daun ubat patah dan kapur yang telah dilumatkan perlu
ditampal pada tempat yang patah.28 Sifatnya yang berlendir dan melekit memudahkan
ia melekat. Kemudian bahagian yang patah, perlu dibalut dengan kain serta
disangga dengan buluh supaya kedudukan tulang tidak lari.29
Proses
Merawat Terkehel, Terseliuh dan Tergeliat
Di samping itu, Haji Kassim juga boleh merawat
pesakit yang terkehel, tergeliat dan terseliuh. Terkehel biasa berlaku apabila
seseorang melakukan kerja yang berat dan akan menyebabkan kedudukan sendinya
teralih serta akan mengalami bengkak di bahagian sendi tersebut. Terseliuh pula
adalah disebabkan kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut,
seperti terjatuh dari tempat yang tinggi.30 Manakala, tergeliat
biasanya terjadi apabila seseorang itu bangun daripada tidur mendapati terasa
sakit pada pangkal lehernya hingga ke bahagian bawah. Apabila kepala dipusing
ke kiri atau ke kanan akan terasa sakit.31
Cara
yang Haji Kassim lakukan adalah mengurut pada bahagian itu. Tetapi, terdapat
cara di mana pengurutan tidak dilakukan. Kain yang dipintal-pintal digunakan
sebagai pengganti mengurut. Untuk membuat kain pintal, sehelai kain yang bersih
diperlukan. Cara beliau lakukan adalah kepitkan hujung kain dengan jari kaki
dan pusing atau pintalkan perlahan-lahan.32 Setiap bacaan doa untuk
merawat terkehel, terseliuh dan tergeliat adalah sama seperti doa merawat patah
tulang. Bacaan tersebut perlu dihembus pada kain yang digunakan, kemudian
pintal kain tersebut sehingga ia agak keras. Kemudian lipat dua dan ia akan
memintal. Ikat kain tersebut pada hujung agar ia tidak terurai. Kain itu
digunakan untuk memukul perlahan-lahan tempat yang terasa tergeliat seperti di
pangkal leher.33 Haji Kassim menyatakan bahawa perlu diingatkan kain
tadi tidak boleh dan tidak dibenarkan sesiapa melangkah kerana ia telah
dibacakan dengan ayat al-Quran dan selawat.34
Peranan
Selepas Rawatan:
Pantang
Larang Berubat
Selepas pesakit mendapatkan rawatan dari
Haji Kassim, beliau akan memberikan senarai pantang larang yang tidak boleh
dimakan semasa dalam perubatan. Terdapat 12 senarai patang yang Haji Kassim
nyatakan antaranya seperti ayam, daging, ikan sepat, kicap, air batu, maggie,
timun, kacang, putik buah-buah, betik, buah kundur, dan kubis.35 Tidak
digalakkan memakan ayam dan daging kerana untuk mengelakkan pertumbuhan isi,
manakala ais pula akan menyebabkan bengkak di sekitar tempat sakit.36
Makanan tersebut juga akan menyebabkan pesakit akan berasa gatal-gatal dan
bernanah di sekeliling tempat sakit. Selain itu, terdapat juga pantang-pantang
lain yang perlu diikuti dalam tempoh pantang seperti tidak boleh makan gamat
atau ubat yang mengandungi gamat kerana tulang akan sukar untuk disambung
kembali.37
Memutus
Ubat
Selepas tulang yang patah disambung,
pesakit biasanya akan sembuh selepas 40 hari dengan syarat pesakit menjaga
pantang larang.38 Bagi pesakit yang terseliuh, tergeliat, terkehel,
atau teralih tulang ia tidak begitu lama seperti pesakit yang patah tulang.39
Setelah mendapatkan rawatan dan menjalani tempoh pantang, pesakit perlu
berjumpa beliau sekali lagi untuk memutus ubat.40 Memutus ubat
bertujuan untuk memutuskan pantang larang dan membenarkan pesakit memakan apa
yang dilarang semasa pantang larang berubat seperti ayam, daging, dan
sebagainya. Ketika mahu memutus ubat, pesakit perlu membawa sedikit makanan
yang berlaukkan makanan pantang tersebut. Haji Kassim memulakan cara memutus
ubat dengan menggunakan sehelai kain yang dilipat memanjang, dan sedikit beras.
Setelah itu, beras tersebut dimasukkan ke dalam kain, dan membaca ayat-ayat
mentera memutus ubat, lalu dilibas perlahan-lahan di belakang sampai di kaki
pesakit. Pesakit pula diminta untuk meluruskan kakinya menghadap pintu kerana
perlu mengikuti adat semasa memutus ubat.41
Assalam..blh minta alamat...
ReplyDeleteAssalam..blh minta alamat...
ReplyDeleteKampung Tualang Padang,
Delete27310, Budu, Benta,
Kuala Lipis,
Pahang, Darul Makmur
Pkcik ni masih buat rawatan ke
Delete0166847397 bole call atau wasap saya tak bagi location
DeletePkcik ni masih buat rawatan ke
DeleteKampung Tualang Padang
ReplyDelete27310, Budu, Benta,
Kuala Lipis,
Pahang, Darul Makmur
No telepon ade tak..
Deleterase ny aki kasim da x berape kuat untuk urut orang...anak sedare atau anak beliau yang mewarisi ilmu mengurut beliau....ape pun saya antara pesakit yg pernah berubat dengan beliau...terseliuh kt buku lali lepas urut boleh berjalan mcm biasa dengan izin Allah...
ReplyDelete0166847397 bole sya thu location rumah dia,bole wasap tak
DeleteSaya sakit lutut. Boleh ka Hj Kassim urut. Dah lama sakit semenjak 2007
ReplyDeleteBoleh berhubung dgn anak beliau, Najib utk mendapatkan rawatan. 0179259134
DeleteBeliau sudh meninggal duni kni diwarisi oleh anaknye najib
DeleteHaji Kassim telah meninggal dunia pada 23/10/2019..sama sama kita sedekahkan Al-fatihah utk beliau. Ilmu patah diwarisi oleh anaknya, Najib. Sebarang rawatan boleh berhubung dgn anaknya.
ReplyDeleteWe tok aku we..sumpah kassim tu tok aku..nme kg alu tualang pdang kt stu anak die duk..anak kassim tu lelaki..laki tu la aku punye pakngah..bangge aku we.hehehe
ReplyDeleteYg upload pasal dia ni, cucu dia jugak..
Delete